Sunday, March 29, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ‘ADIK’


29 MAC 2009 adalah dari yang paling bersejarah dalam hidup Nana & Zaki kerana pada tarikh tesebut beliau mengikat tali pertunangan setelah setahun menjalinkan cinta. Rombongan daripada pihak lelaki telah membawa 9 dulang hantaran, cincin pertunangan dan wang hantaran bertemakan warna silver manakala pihak perempuan telah membalas 11 dulang hantaran bertemakan warna hitam putih. Pertunangan ini diikat selama setahun dan pasangan ini akan mendirikan rumahtangga sebaik sahaja Adik menamatkan kontak bekerja dengan Kerajaan Saudi.


Sehari sebelum majlis berlangsung Along, Uda serta Sepupu-Sepupu telah bertungkus lumus menyediakan ‘goodies’ untuk tetamu. ‘Goodies’ yang disediakan sungguh comel. Didalamnya mengandungi hiasan bunga coklat & gula-gula, kuih bahulu, kuih denderam, bakul yang berisi telur rebus dan kipas tangan yang sungguh cantik. Kepada tetamu yang dapat ‘goodies’ ni memang sungguh bertuah kerana setiap isi kandungannya adalah hasil buatan tangan dari kami. Lewat malam menjelang ke awal pagi pula Along dan Uda sibuk menyiapkan sebuah pelamin kecil untuk Majlis Menyarung Cincin. Pelamin kecil yang ringkas dan comel ni direka last minit untuk Adik, bertemakan hitam dan putih juga.


Tibalah dihari yang ditunggu-tunggu…. Awal pagi lagi Uda telah menemani Adik ke Rav 1 Sallon untuk bersolek dan mendandan rambut. Akhirnya dengan hasil sentuhan Wahida Woon binti Abdullah, Adik nampak sungguh cantik persis Siti Nurhaliza…. Rombongan dari pihak lelaki tiba ke perkarangan rumah pada jam 1.00 petang. Bagi memulakan acara majlis, Tahlil dan Bacaan Doa Selamat dimulakan sebelum perbincangan mengenai pertunangan ini berlangsung. Sebaik sahaja perbincangan dimulakan, acara menyarung cincin pertunangan oleh keluarga lelaki pun berlangsung. Maka, Nana & Zaki akhirnya secara rasmi telahpun bertunang.


Tetamu yang hadir disajikan dengan hidangan makan tengahari yang enak serta pencuci mulut dari jelly kelapa dan dibekalkan buah tangan berupa ‘goodies’ yang sedondon dengan tema pertunangan mereka. Harapan daripada adik-beradik semoga Nana & Zaki dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat dan semoga cepat melangsungkan pernikahan. Amin….

Wednesday, March 11, 2009

KELEBIHAN SEORANG WANITA


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.