Sunday, March 29, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ‘ADIK’


29 MAC 2009 adalah dari yang paling bersejarah dalam hidup Nana & Zaki kerana pada tarikh tesebut beliau mengikat tali pertunangan setelah setahun menjalinkan cinta. Rombongan daripada pihak lelaki telah membawa 9 dulang hantaran, cincin pertunangan dan wang hantaran bertemakan warna silver manakala pihak perempuan telah membalas 11 dulang hantaran bertemakan warna hitam putih. Pertunangan ini diikat selama setahun dan pasangan ini akan mendirikan rumahtangga sebaik sahaja Adik menamatkan kontak bekerja dengan Kerajaan Saudi.


Sehari sebelum majlis berlangsung Along, Uda serta Sepupu-Sepupu telah bertungkus lumus menyediakan ‘goodies’ untuk tetamu. ‘Goodies’ yang disediakan sungguh comel. Didalamnya mengandungi hiasan bunga coklat & gula-gula, kuih bahulu, kuih denderam, bakul yang berisi telur rebus dan kipas tangan yang sungguh cantik. Kepada tetamu yang dapat ‘goodies’ ni memang sungguh bertuah kerana setiap isi kandungannya adalah hasil buatan tangan dari kami. Lewat malam menjelang ke awal pagi pula Along dan Uda sibuk menyiapkan sebuah pelamin kecil untuk Majlis Menyarung Cincin. Pelamin kecil yang ringkas dan comel ni direka last minit untuk Adik, bertemakan hitam dan putih juga.


Tibalah dihari yang ditunggu-tunggu…. Awal pagi lagi Uda telah menemani Adik ke Rav 1 Sallon untuk bersolek dan mendandan rambut. Akhirnya dengan hasil sentuhan Wahida Woon binti Abdullah, Adik nampak sungguh cantik persis Siti Nurhaliza…. Rombongan dari pihak lelaki tiba ke perkarangan rumah pada jam 1.00 petang. Bagi memulakan acara majlis, Tahlil dan Bacaan Doa Selamat dimulakan sebelum perbincangan mengenai pertunangan ini berlangsung. Sebaik sahaja perbincangan dimulakan, acara menyarung cincin pertunangan oleh keluarga lelaki pun berlangsung. Maka, Nana & Zaki akhirnya secara rasmi telahpun bertunang.


Tetamu yang hadir disajikan dengan hidangan makan tengahari yang enak serta pencuci mulut dari jelly kelapa dan dibekalkan buah tangan berupa ‘goodies’ yang sedondon dengan tema pertunangan mereka. Harapan daripada adik-beradik semoga Nana & Zaki dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat dan semoga cepat melangsungkan pernikahan. Amin….

No comments:

Post a Comment